English
|

Menu FAQ

Soalan Lazim / FAQ
1. Adakah saya boleh memohon lebih daripada satu kali?
 

YA. Anda dibenarkan memohon lebih daripada satu (1) kali tetapi tidak lebih daripada DUA (2) kali. Setiap satu (1) permohonan membenarkan anda memilih 2 jawatan yang ditawarkan. Setiap permohonan mempunyai No. Borang yang unik. Sila pastikan anda menyimpan No. Borang anda yang dipaparkan disebelah kanan borang permohonan (berwarna merah) untuk rujukan dan semakan status anda kelak.

2. Adakah saya dibenarkan menukar pilihan jawatan yang telah dibuat?
 

TIDAK. Anda tidak dibenarkan menukar pilihan jawatan yang telah dibuat. PASTIKAN pilihan jawatan yang dibuat adalah MUKTAMAD pada seksyen pilihan jawatan pada borang permohonan.

3. Adakah saya dibenarkan mengemaskini maklumat saya selepas Pengesahan Borang pada borang Semakan dibuat?
 

TIDAK. Anda tidak dibenarkan mengemaskini maklumat yang telah dihantar selepas Pengesahan Borang dibuat. Tetapi anda HANYA dibenarkan mengemaskini Alamat, No. Telefon dan Alamat email anda untuk tujuan pentadbiran USIM.

4. Saya adalah kakitangan yang sedang berkhidmat dengan kerajaan. Adakah saya dibenarkan memohon jawatan melalui e-IRIS?
 

YA. Anda LAYAK untuk memohon melalui e-IRIS dan mencetaknya untuk tujuan pengesahan Ketua Jabatan anda. Sila kemukakan Borang Pengesahan Ketua Jabatan anda semasa hadir temuduga.

5. Adakah saya perlu membayar bagi setiap permohonan saya?
 

YA. Anda perlu membuat bayaran sebanyak RM10 bagi setiap permohonan melalui sistem ini.