YA. Anda dibenarkan memohon lebih daripada satu (1) kali tetapi tidak lebih daripada DUA (2) kali. Setiap satu (1) permohonan membenarkan anda memilih 2 jawatan yang ditawarkan. Setiap permohonan mempunyai No. Borang yang unik. Sila pastikan anda menyimpan No. Borang anda yang dipaparkan disebelah kanan borang permohonan (berwarna merah) untuk rujukan dan semakan status anda kelak.
TIDAK. Anda tidak dibenarkan menukar pilihan jawatan yang telah dibuat. PASTIKAN pilihan jawatan yang dibuat adalah MUKTAMAD pada seksyen pilihan jawatan pada borang permohonan.
TIDAK. Anda tidak dibenarkan mengemaskini maklumat yang telah dihantar selepas Pengesahan Borang dibuat. Tetapi anda HANYA dibenarkan mengemaskini Alamat, No. Telefon dan Alamat email anda untuk tujuan pentadbiran USIM.
YA. Anda LAYAK untuk memohon melalui e-IRIS dan mencetaknya untuk tujuan pengesahan Ketua Jabatan anda. Sila kemukakan Borang Pengesahan Ketua Jabatan anda semasa hadir temuduga.
YA. Anda perlu membuat bayaran sebanyak RM10 bagi setiap permohonan melalui sistem ini.